Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An
Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk
mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal
ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam
ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari
Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam
keadaan :
1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis.
2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.
3. Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid.
4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.
5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian
lagi berada di tempat teduh.
6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.
7. Jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan
solat adalah makruh.
8. Jika tidur selepas azan.
9. Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan
sebagai makruh.
10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke
atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh.
11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu
?tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.
12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang
dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang
hal ini Rasulullah SAW bersabda :?Allah mengasihi orang lelaki yang bangun
malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka
hendaklah dipercipkan air ke mukanya
"Happiness keeps you sweet, Trials make you strong, Sorrows keeps you
human, Failure keeps you humble,
Success keeps you glowing and Allah keeps you going..."
No comments:
Post a Comment